Rakan2 semua,sila tengok nih..
LEADING VOTES
BEST GOALKEEPER: Mohd Syamsuri Mustafa (Terengganu), Azizon Kadir (Negeri Sembilan NAZA),
Mohd Iqbal Suhaimi (Pahang)
BEST DEFENDER: Mohd Khaironnisam Shahabuddin (Selangor MPPJ),
Norhafiz Zamani Misbah (Pahang), Ronny Harun (Sabah)
BEST MIDFIELDER: Mohd Hardi Jaafar (Melaka TM FC),
Fadzli Saari (Pahang), Khyril Muhymeen Zambri (Kedah)
BEST FORWARD: Mohd Safee Sali (Sarawak),
Indra Putra Mahayuddin (Pahang), Rudie Ramli (Melaka TM FC)
BEST YOUNG PLAYER: Mohd Norfarhan Mohamad (Terengganu), Mohd Zaquan Adha Abdul Razak (Negeri Sembilan NAZA), Farderin Kadir (Melaka)
BEST IMPORT PLAYER: Christian Bekamenga (Negeri Sembilan NAZA), Phillemon Chepita (Perlis),
Bambang Pamungkas (Selangor)BEST REFEREE: Mohd Subkhiddin Salleh (Pulau Pinang), Kapt. Halim Abdul Hamid (ATM), C. Ravichandran (Selangor)
BEST COACH: Abdul Rahman Ibrahim (Perlis), K. Devan (Negeri Sembilan NAZA), Yunus Alif (Terengganu)
BEST MANAGER: Dato' Shahiruddin Abdul Moin (Pahang), Steve Darby (Perak), Karim Yacob (Melaka)
Okay..apa yang aku nak carutkan kali nih ialah,nama2 mereka yang aku bold merah tuh agaknya layak ker masuk dalam pencalonan tuh?Adakah team tuh memang power giler hingga nama diaorang wajib ada dalam senarai atau ada
"Black Magic Hand" sudah masuk dalam itu pemilihan?..Hahahahahah..aku rasa tak perlulah nak sembang banyak lagik.Secara peribadi aku tak ada perasaan benci atau marah pada penyokong Selangor mahupun Pahang.Diaorang pada aku bagus2 ajer,rasanya bagus dari penyokong Perak yang boleh aku ketegorikan macam HOLIGAN jer.Bukan mengata..tapi kenyataannya memang camtuh,aku bukan mengutuk penyokong sendiri,tapi biar jangan "bias" bila buat kenyataan.
Okey yang nih plak aku punya pilihan award dengan reason2 yang konkrit.
BEST GOALKEEPER: Azizon Kadir (Negeri Sembilan) -> bolos paling skit dalam Liga Super
BEST DEFENDER: Khairul Anuar Baharom (Negeri Sembilan) -> Persefahaman tinggi dengan pemain lain serta paling penting dengan gol keeper, liat jugak nak lepas dengan dia nih.
BEST MIDFIELDER: Mohd Hardi Jaafar (Melaka TM) -> Thru pass & free kick dia memang ada class yang tersendiri,dekat nak mirip Azizol punya game.
BEST FORWARD: Mohd Safee Sali (Sarawak) Dia nih kalau depan pintu gol memang deadly betul,cuma dia salah team je pada aku.
BEST YOUNG PLAYER: Mohd Zaquan Adha Abdul Razak (Negeri Sembilan) -> Umur muda,boleh control satu team under 20 punya game,cuma temper kena jaga skit.
BEST IMPORT PLAYER: Kieta Mandjou (Perak) -> Top Striker Super League, giler ler kalau tak kasi dia award.
BEST REFEREE: Mohd Subkhiddin Salleh (Pulau Pinang) -> Kengkadang aku meluat jugak tengok cara dia handle game,tapi takat nih dia jer mampu control game supaya jangan kecoh sangat compare ngan lelain referee.
BEST COACH: K. Devan (Negeri Sembilan) -> Saper lagik,dia ler patut jadi best coach sebab N9 dengan tak disangka2 jadi juara Liga Super.Kalau tak bagus dah lama team dia dok kat corot.
BEST MANAGER: DAB (Kedah) -
> Kena hentam,kutuk,cela,gantung,maki,apa pun korang buat ler,dia terus jugak develop player Kedah sampai la ni.Dan ada antaranya aku tengok boleh maju dalam 1,2 tahun lagi.Cuma aku rasa coach diaorang tak berapa reti nak pergunakan pemain2 sampai ada yang kena humban keluar,last2 ngetop kat team lain.Tak ker haru biru namanya tuh.
Sekian sahaja pilihan aku kali nih,mungkin ada yang setuju/tak setuju dengan pemilihan yang aku buat kat atas tuh,tapi itu dari pandangan dan kaca mata aku berdasarkan fakta2 yang aku muatkan secara ringkas.Kalau rasa korang nak debat dengan aku mende nih kita bukak sub blog yang lain.Boleh masukkan fakta2 penting dan mantap untuk jadi topik perbincangan kita.Aku kalau bab2 macamnih memang suka jer,hahahahahaha.
Tapi yang pasti untuk pemilihan yang sebenar dari Coca-Cola Malaysian Football Awards seperti yang paling atas sekali tuh memang tak masuk akal ler...keh keh keh..yang nih aku kompom mesti ramai yang setuju...wkakakakakakakaka.
Cabotttttttttttttttttt.........