Salam semua.....
Hari ini secara rasmi aku membuka blog ini setelah sekian lama hasrat aku tertangguh untuk memilikinya.Selama ini aku rasa aku telah mempunyai banyak platform untuk bersuara,tapi nampaknya terlalu banyak sangat halangan dan syarat² yang membantutkan hasrat aku itu.Jadi dengan terbinanya blog aku sendiri ini maka secara tidak langsung aku mampu untuk bersuara dengan lebih baik sejajar dengan naluri hati aku yang sentiasa ingin meluahkan rasa ketidakpuasan hati ini.Sebenarnya blog ini lebih menjurus kepada minat aku yang mendalam kepada sukan bolasepak.Perhatian akan aku berikan untuk Bolasepak Malaysia dimana pasukan yang aku maksudkan ialah tidak lain dan tidak bukan tentulah pasukan Perak.Perak adalah tanah kelahiran aku dimana Bandaraya Ipoh menjadi saksi kelahiran.
Natijahnya aku memang agak fanatik tentang pasukan negeri aku sendiri dan diikuti oleh pasukan bolasepak yang semakin tenat sekarang iaitu Malaysia.Sehingga berita ini ditulis pasukan negara menduduki tangga ke
111(
205 senarai penuh keahlian
FIFA) dalam senarai dunia manakala tangga ke
21(
44 keahlian
AFC) di arena ASIA.
Bila ditimbulkan soal pasukan negara pasti ramai yang akan mengeluh dengan prestasi mereka.Maklumlah ada saja komen keras yang aku dengar dan aku juga termasuk dalam lingkungan itu.Tapi aku tidak pernah berhenti berharap yang suatu masa nanti pasukan negara kita akan menjadi pasukan yang disegani oleh negara² lain.
Buat pelayar internet yang menjumpai blog aku ini,bolehlah mengemukakan sebarang komen yang anda semua fikir perlu.Aku secara rasionalnya berpendapat yang
INTERNET adalah satu platform bebas bagi kita bersuara tentang apa juga yang bermain dibenak fikiran.Cuma aku berharap kalau boleh tidaklah digunakan bahasa yang terlalu kesat,fitnah atau sebarang komen yang berbaur perkauman.Dalam blog aku ini juga akan aku timbulkan pelbagai isu lain yang mungkin sensitif,panas dan sensasi yang berlaku di dalam atau di luar negara.
Akhirkata aku berharap yang kita semua dapat memanafaatkan ruangan blog aku ini untuk sesuatu yang berilmiah dan menjadi panduan dalam hidup kita.
Sekian
Terima Kasih
YB
Macam best jer laman web ko ni. Aku rasa aku nak jadi kawan ko la bleh ke? Aku budak perak jugak cuma skang aku tinggal kat KL (dah pindah ikut family aku tahun 1990). Aku memang penyokong perak dari kecik cuma aku "low profile" dan tak berapa menonjol sangat. Kalo ko nak berkawan ngan aku ko emel la aku nanti bleh kiter berbual panjang lagi. Emel aku ialah q_unknown_p@yahoo.com. Sekian wassalam.