4 bijik gol dalam separuh masa kedua memang bukan dalam jangkaan aku.Aku cuma berkata didalam hati yang mungkin Perak akan menang 3 - 1.Tapi syukur semua sudah berakhir,dan kelibat si juara TREBLE MEBEL terus tenggelam dengan keputusan penuh 4 gol berbalas 1.Walaup

un barisan Perak kali ini kehilangan 6 pemain yang mewakili Malaysia,dan termasuk 2 tonggak penting dahulu si KANU & CHAN,namun dengan bimbingan STEVE DARBY kita mampu melakukan kejutan yang menakjubkan walaupun dibarisi hampir 3/4 pemain baru & muda.Aku memang dari dulu lagi admire formasi 3 - 5 - 2 ini,dan lebih tepat lagi 3 - 4 - 1 - 2 kerana dengan formasi sebegini sebenarnya kita mampu untuk memenangi perlawanan dengan jumlah jaringan gol yang besar.Tapi kalau salah percaturan atau kurang stamina memang boleh kalah besar jugak...keh keh keh.Separuh masa pertama aku tahu memang ramai yang rasa macam curiga dengan taktikal nih.Tapi aku sudah agak masak dengan style Steve yang memang suka bertahan sambil membuat counter attack pada separuh masa pertama.Tujuannya adalah untuk membaca formasi lawan disamping mengenal pasti mana2 pemain yang perlu di marking atau membuat pembetulan pada taktikal.
Kepada yang cenderung memerhatikan corak permainan pemain Perak tadi memang agak janggal sikit.Maklumlah sudah biasa dengan ala samba Brazil sebelum ini,namun aku nampak sekurang2nya ada 4 jenis pattern yang diterapkan oleh STEVE dalam permainan Perak tadi.
1) Bertahan dengan 5 defend 3 Mid & 2 Striker
2) Counter attack dengan 2 wing kiri & kanan beserta 2 striker didepan & 2 midfield.
3) Hantaran jauh dari defend kanan & kiri terus kepada striker didepan.
4) One touch football ala samba -
siapa kata STEVE tak implementkan? :-)Dan hasilnya 2 gol dari pattern no 3, 1 gol dari pattern no 4 & 1 gol dari pattern no 2.
Jadi terbukti disini dimana kepelbagaian taktikal permainan memang boleh merencatkan percaturan pihak lawan yang agak ty
pikal dalam mengatur strategi.Dari apa yang aku lihat pemain selangor seperti kekurangan stamina disamping seperti termangu-mangu dengan pattern permainan Perak yang JAUHHHHHHHH sangat lainnya dari dahulu.

Pada aku cantiknya permainan tidak membawa apa2 maksud kalau kita asyik kalah.Tapi biarlah nampak agak celaru asalkan pihak lawan berpinar hendak memikirkan cara mengekang corak permainan pasukan Perak.Kata-kata akhir dari aku ialah Pasukan Perak akan lebih menyinar pada musim ini berbanding musim lepas.Insya allah....