
Pokok Lalang merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia Pokok ini juga terdapat di negara-negara tropika dan kawasan serdahana lain termasuk ASEAN. Nama botani pokok Keladan adalah Imperata cylindrica.
Lalang merupakan sejenis tumbuhan yang dianggap rumpai. Lalang mudah membiak melalui benih yang ditiup angin, melalui keratan rozobium atau akarnya.
Mmmm..begitulah serba sedikit maklumat yang aku dapat dari wikipedia berkenaan dengan tumbuhan lalang nih.Sebenarnya aku bukan nak mengupas soal lalang nih,tapi aku lebih nak mengupas soal sikap LALANG penyokong bolasepak Perak & Malaysia umumnya.
Bila kita sebut tentang penyokong lalang,pasti ramai yang melenting apabila diri mereka dicap sebagai penyokong lalang.Tapi pada hakikat yang sebenar perkara ini hanyalah sebagai satu label sahaja,tidak lebih dari itu.Jesteru kalau kita merasakan bahawa dengan menerima label ini membuatkan diri kita merasa marah,maka memang benarlah bahawa kita sebenarnya termasuk dalam golongan tersebut.Apapun perkara ini terlalu subjektif untuk diperkatakan namun ianya juga amat seronok untuk dibicarakan.
Kita mulakan dengan cara bagaimana hendak melabel seseorang dengan gelaran lalang.Pada pandangan aku ada beberapa kreteria yang membolehkan seseorang itu dilabelkan sebagai penyokong lalang.Berikut aku nyatakan skop aku yang tersendiri.
Jadi terpulang kepada pembaca semua untuk menilai sendiri skop yang aku berikan ini.Mungkin setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza,namun pada aku ini adalah antara faktor utama yang terpenting dalam menilai seseorang penyokong itu.
Kita tukar topik kepada sikap penyokong kita yang sememangnya ramai berfikiran secara konservatif atau kuno.Mereka selalu membanggakan mutu permainan bolasepak luar adalah lebih baik dari bolasepak negara sendiri.Namun pada aku yang menjadi soalnya pula ialah mutu penyokong kita pula yang sebenarnya berada pada tahap HAPRAK!!!.Mana tidaknya,kalau pasukan berjaya menjaringkan gol mereka akan meraikannya dengan bersungguh-sungguh manakala apabila gagal pula mereka akan mencaci sampai tak cukup air liur.Inilah perkara utama yang menjadi pokok kegagalan sukan bolasepak kita yang sekian lama kita gagal kesan.Aku selalu melihat perkara ini berlaku didepan mata aku,dan orang yang selalu mendakwa dirinya hardcore pun tak berhenti menyumpah seranah apabila pemain kesayangan mereka gagal menjaringkan gol(apatah lagi kalau gol mudah).
Pada pandangan aku kita sepatutnya memberikan semangat kepada pemain untuk terus berusaha dengan baik.Ambil contoh seperti di EPL,setiap kali pemain mereka gagal menjaringkan gol pasti akan kedengaran suara seperti "Arghhhhhhhhhhhhhhhhh" dari penonton semua,tapi selepas itu akan kedengaran tepukan gemuruh dari penonton untuk menaikkan semangat pemain walaupun sesuatu percubaan itu tidak berjaya.Inilah yang aku susah nak nampak dalam arena bolasepak kita ini.Yang mereka tahu hanya ketuk gendang macam nak pergi berperang bila permainan nak bermula.Makin lama makin rancak kalau sedang mendahului,tapi cuba kalau dah terkena 2,3 gol?...tukang pukul gendang pun dah keluar stadium balik rumah.Cubalah buat survey pada pemain kita sendiri,adakah mereka suka dengar pukulan gendang itu atau sebaliknya?.Dari survey yang aku buat terhadap 2,3 orang pemain,rata-rata mengatakan bahawa pukulan gendang itu sebenarnya mengganggu konsentrasi mereka sewaktu bermain.Dan mereka juga menambah yang pukulan gendang ini sesuai tatkala pasukan sedang mendahului atau sedang menyerang dan tidak sesuai langsung kepada situasi ketinggalan atau diserang.
Tapi apapun sebenarnya perasaan mereka yang bertanding amatlah penting untuk kita prihatinkan berbanding kehendak dan nafsu penyokong yang lebih kepada SYOK sendiri.Dan pendapat peribadi aku,paluan gendang,kompang atau yang sewaktu dengannya tidaklah begitu sesuai dengan sukan bolasepak ini.Perkara ini lebih kepada self leisure(syok sendiri) kepada penyokong sebenarnya.
Apapun alasanya kita semua kena berubah dari sekarang demi kebaikan bersama.
Sekian
Terima Kasih
YB