Salam semua....
Siapa yang tidak kenal dengan PeterPan?..band yang cukup popular di Indonesia serta Malaysia.Baru-baru ini mereka mengadakan konsert di Stadium Merdeka,Kuala Lumpur sempena menyambut tahun baru 2006.
Kumpulan yang cukup sinonim dengan lagu Ada Apa Dengan Mu,Mungkin Nanti & yang terbaru ialah Bintang Di Syurga.Yang menarik tentang lagu Bintang Di Syurga ini ialah tentang pembikinan video klip yang menggunakan tema Rompakan Bank ala Hollywood.Saya cukup kagum dengan penghasilan video ini sehingga menontonnya berulang-ulang kali.Berikut adalah antara fakta-fakta menarik pembikinan video klip ini.
- Sutradara: Rizal Mantovani
- Cinematografi: Roy Lolang
- 13 jam penggambaran
- +/- 24jam masa editing
20 orang anggota Code-4 dari Theatrical Reenactment Unit terbahagi kepada:
- 12 orang anggota SWAT terbahagi kepada dua team.
- 2 orang SWAT Penembak Tepat (Sniper)
- 4 pegawai Polis Preman (Pakaian Biasa)
- 2 Patrolman
Saya ingin memperkatakan tentang beberapa keunikan yang terdapat pada video klip ini.Berikut adalah diantara contoh-contoh gambar yang diambil dari video klip tersebut.

- Gambar seorang Perunding Tebusan Polis lakonan ahli PeterPan sendiri.Jika diperhati pada tanda anak panah itu anda akan terlihat tompokan air yang menggambarkan suasana hari selepas hujan.Bayangan pintu kereta LAPD itu sendiri menambahkan nilai seni pada klip video ini.

- Effect Bloodsquid yang cukup berkesan dengan asap/smoke sebagai navigator kepada pandangan penonton untuk menggambarkan 'Subjek 02" telah ditembak Sniper.

- Babak percintaan berbentuk 'flashback' antara "Subjek 01" dengan kekasihnya sewaktu beliau dalam keadaan tertekan dengan kehadiran begitu ramai pihak Polis mengepung kumpulan rompakan mereka dibank tersebut.

- Kelonsong peluru yang jatuh bersama titisan air sememangnya nampak dramatik untuk dimuatkan didalam klip video ini.Memberikan gambaran seolah-olah titisan air mata mengiringi kematian dari peluru yang tak mengenal mangsa.
BEHIND THE SCENE



Kiri sekali bertopi adalah Sutradara Rizal Mantovani manakala yang berbaju putih itu ialah Pengarah Cinematografi Roy Lolang.Kedua mereka ini adalah TOP OF THE GUN dalam karier masing-masing di Indonesia.Disebelah kanan pula scene dimana "subjek 01" sedang bersalam "terakhir' dengan "subjek 03" yang telah nazak ditembak Polis sewaktu diawal permulaan klip video ini.

- Panorama 'Sniper View' diset penggambaran "Bintang Di Syurga"

- Ahli Code-4 berbincang tentang 'Entrance Move' sebelum diusulkan kepada Pengarah Rizal Mantovani
- Opening scene memaparkan Red Team SWAT sedang mengatur gerak mengambil posisi kearah lokasi 'subjek' sambil 2 patrolman bersiap-sedia.

- Last scene sebelum "subjek 01" ditembak mati gara-gara mengacukan senjata secara mengejut kepada anggota Polis akibat ternampak kehadiran 'kekasihnya' dilokasi kejadian.

- Wrap time,semua yang terlibat menjayakan klip video ini bergambar bersama.
Kepada yang belum menonton klip video ini anda boleh melihat sinopsis ringkas berbentuk animation dari saya disini.(sila tunggu sebentar untuk animation loading: 1mb file size)

Untuk mendapatkan klip video penuh & maklumat tambahan yang lain anda boleh terus kelaman web ini http://rayafahreza.multiply.com/.
Akhirkata saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada saudara Rayafahreza yang sudi memberikan kebenaran kepada saya untuk membuat review tentang klip video ini & juga menggunakan beberapa keping gambar dari koleksi beliau.Semua gambar adalah Hakmilik Terpelihara rayafahreza,CODE-4 & Dreamscape.Sebarang penyalinan haruslah mendapat kebenaran dari pihak yang terlibat.
Terima Kasih
Point Review : 10/10
Tulisannya bagus sekali. Saya baru ingat dulu juga pernah menulis cerita tentang proses Code-4 ikut pembuatan videoclip ini. Bisa dibaca di:
Part 1:
http://www.code4team.com/index.php/content/view/70/2/
dan Part 2:
http://www.code4team.com/index.php/content/view/72/2/
Terimakasih YB!
Maaf kerana tidak berkesempatan memberikan link blog saya ini kepada saudara,namun bisa dicari juga ya? :-)
Saya sudah membaca link yang saudara beri itu dan saya rasakan seperti saya sendiri yang terlibat dalam penggambaran itu.. :-)
Pengalaman yang indah !
Terima Kasih Raya :-)
haha..mana ada originaliti dlm muzik? bukan, maksud teman, peterpan ni muziknya biasa je, tapi maybe sbb dia muncul pada masa yg tepat. :-)