YB - DCLAM
DARI CELAH LALANG AKU MELIHAT
Saturday, February 25, 2006
H5N1 aka Influenza A
Virus selsema burung yang sama melanda kembali Malaysia setelah menyepikan diri buat beberapa ketika.Terbaru berita beberapa orang telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur akibat disyaki diserang virus ini.Mereka,menurut berita yang dikeluarkan oleh TV3 tuh adalah berasal dari Jalan Genting Kelang dimana tempat awal dikesan wabak tersebut.Katanya kerja2 pembersihan ungas2(ayam,itik,burung dll) memang sedang dijalankan secara rapid kat tempat tuh.Kepada yang nak tau camne rupe virus nih dibawah microskop boleh ler tengok gambar yang aku sertakan nih.

Gambar yang besar nih adalah secara kasar bagaimana rupa virus tuh manakala yang sebelah atas kanan tuh bila dilihat dengan lebih dekat lagi camne rupa virus nih.

Jadinya untuk tidak merisikokan diri aku & keluarga,buat masa nih aku dah hentikan makan makanan yang berasaskan produk ayam.Mana ler tau kan,sebelum terkena lebih baik kita stop dulu.Benda nih termasuk ler dengan telurnya sekali,jangan korang ingat ayam tuh ajer yang tak bleh makan.Virus nih akan menyerang semua jenis binatang yang diaorang klasifikasikan sebagai unggas.Itik,ayam,burung dan lelain yang seumpama ngan binatang nih memang aku nak stop skang.Antara lain ialah kurangkan aktiviti luar seperti berada dalam komplex membeli belah yang mempunyai air cond sebab sesiapa yang membawa virus nih boleh menyebarkan melalui udara jugak.Kita kena ingat yang hembusan nafas kita mengandungi wap air yang akan tersejat diudara.So kurang2kan ler buat masa nih yer...mana ler tau kan kalau nak kena tuh bukan ada signal pun,hehehehehehe.