YB - DCLAM
DARI CELAH LALANG AKU MELIHAT
Friday, August 04, 2006
AMARAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA:
Siapa tak biasa tengok,baca atau dengar ungkapan nih memang something wronglah dia.Benda nih biasanya kita lihat kat kotak rokok yang jual kat Malaysia nih.Untuk lebih tepat lagi bacaannya camnih.

AMARAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA :
MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN
.
.
Nih contoh rokok yang aku hisap,harga dia RM7 sekotak,ciss..bodo betul hisap rokok nih.Dahlah duit habis,dapat sakit plak..hahahaha.Setakat nih aku tak pernah lagi dapat apa-apa sakit waktu menghisap rokok nih.Sehari aku hisap lebih kurang sekotak ler biasanya,tapi kalau duduk kedai mamak borak-borak ngan member harus sampai 3 kotak dek sebab asik ngisap jer.Semua orang pun tau impiklasi menghisap rokok nih,sakit itulah,inilah bla bla bla..macam2 lagik yang aku pun malas nak citer sebab aku takut dengar,hahahahahah.
.
Tapi penulisan aku hari nih sebenarnya adalah bukan untuk kes merokok jer.Tapi aku nak menggesa Kerajaan kita hari nih supaya menggubal satu rang undang2 baru tentang slogan rasmi kerajaan nih iaitu "AMARAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA :"
.
Pada aku bukan rokok jer yang bahaya,tapi banyak lagi benda2 lain yang kita nampak tak bahaya tapi sebenarnya bahaya giler jugak.Okey kat bawah nih aku senaraikan antara benda2 yang sepatutnya kerajaan kita ambik berat dan kalau boleh kita buat jugak slogan nih pada benda tuh.
.
AMARAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA:
GULA PENYEBAB UTAMA DIABETES
.
Hah..jangan buat tak tau plak..gula adalah penyebab kencing manis atau diabetes.Kalau dah kronik memang sampai kena potong kaki,tangan.Last2 tak tau apa lagik nak kena potong :-)



Photobucket - Video and Image Hosting

AMARAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA:
JANGAN MEMANDU KETIKA MABUK

Haa..nih pun satu bala jugak,kalau dah mabuk mandu kete jawabnya senang2 eksiden.Kalau diri sendiri mati elok jugak,nih menyusahkan orang lain yang mati plak.Banyak kes dah jadi tapi gomen kita nih mmmm..malas nak cakap dah.. :-(



Photobucket - Video and Image Hosting

AMARAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA:
TONGKAT ALI MENAIKKAN NAFSU SEK ANDA

Keh keh keh...nih pun elok kena bagi amaran sebab ramai yang minum sebelum membuat projek dengan pasangan,so make surelah pasangan tuh betul2 bersedia.Takut nanti dari seronok jadi tak syok plak. :-)



Photobucket - Video and Image Hosting

AMARAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA:
JUALAN MURAH MEROSAKKAN BAJET ANDA

Muhahahahahha...paling best sekalik yang nih ler..pasal jualan murah yang tak tentu pun murah kadang2 tuh,sajer diaorang kelentong jer tukar harga.Tak pasal2 lari bajet karang,so make sure korang perhati harga betul2 sebelum beli.Bukan apa..kalau dah lari bajet kang korang laki bini jugak yang gaduh..muahhahaha..

Yang paling terakhir nih aku harap sangat supaya kerajaan kita dapat pastikan ianya dijayakan kerana ini yang paling utama dari yang lain2 tuh..the one and only



Photobucket - Video and Image Hosting


AMARAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA:
PERCERAIAN MENJEJASKAN POPULASI NEGARA
Sekian... :-)
.
Disclaimer: Gambar dalam blog ini adalah hanya sebagai contoh dan tidak ada unsur2 menjatuhkan maruah atau menjejaskan reputasi sesuatu produk atau individu.
.
PS: Kena pakai edit html nak letak gambar..ceh...seksa betul blogger aka bagero nih :-(
6 Comments:
Blogger Nurazam said...
blah la lu yb.. gua mana layan rokok.. gua layan ganja je..

Blogger YB said...
makan pun orang tua tanggung banyak cakap plak..pi dok rumah diam diam sudah..ponggahhhh

Blogger Azhar Ahmad said...
Wakakakak kena ada satu lagi

AMARAN KERAJAAN MALAYSIA
BLOG BOLEH MENYEBABKAN KETIDAKFAHAMAN TERHADAP KERAJAAN

Ekekekekek

Sori lama tak datang sinih. Sibuk sket!

Blogger YB said...
Kekkeke..dalam bunyinya tuh..keh keh keh keh..

Blogger Ser@i said...
weh aperhabo..

takdak kena mengena dengan artikel miker

Blogger YB said...
kabo baik,macam ler tak bleh tanya kabor dalam YM..kekekeke