YB - DCLAM
DARI CELAH LALANG AKU MELIHAT
Saturday, August 12, 2006
Prabayar / Prepaid Celcom Vs Maxis Vs Digi
Salam...

Okay hari nih aku nak buat skit benchmark atau comparison tentang perkhidmatan talian prepaid yang ada kat Malaysia sekarang.Buat masa nih aku akan tumpukan kepada perbandingan berdasarkan servis yang paling murah & efisen.Benchmark yang aku buat nih tidak 'BIAS" kepada mana2 Telcos sekalipun.Apa yang aku dedahkan adalah hasil kajian aku sendiri berdasarkan kepada "PROMOSI ISTIMEWA" yang mereka sendiri tawarkan untuk kadar Panggilan Suara & Sms sahaja.

Mula2 aku kenalkan Celcom Xpax 019/013 yang menggunakan nama 8 PAX

Celcom Prepaid 8PAX


Dengan pakej ini anda boleh tetapkan 8 no. dari 019/013 dan juga talian Tetap Telekom.Dengan kadar 15sen seminit flat rate untuk semua kawasan & tanpa waktu sibuk atau tidak sibuk telah menjadikan pakej ini antara yang terbaik untuk mereka yang perlukan kepelbagaian dalam menetapkan no.telepon pilihan.Ialahkan..biasa mak bapak dok kampung pakai telepon tetap telekom jer kat umah.So dengan ini jimat ler skit panggilan yang kita buat kerana kita tak perlu kisahkan tentang code kawasan atau waktu membuat panggilan.Tetapi harus diingat,ini hanya untuk 8 no. pertama sahaja.Lebih tak boleh pun,kalau ada no yang korang tak suka kena delete dan tukar yang baru,kenalah charge dalam RM1 untuk satu pertukaran.

Maxis Hotlink 012/017 yang menggunakan nama ACTIVE 5

Pakej ini korang perlu berhati2 sebab dia ada 2 pelan yang berbeza.Yang pertama adalah pelan berbual/talk plan & yang kedua ialah pelan sms/sms plan.Ini bergantung kepada anda untuk memilih yang mana satu pilihan pemakaian anda.Dengan sms plan anda hanya membayar 1 sen sepanjang masa untuk sms kepada 5 no pilihan anda dan 15 sen seminit untuk panggilan suara diwaktu tidak sibuk dengan pelan berbual.Active 5 hanya sah untuk 5 no pertama dari rangkaian 012/017 sahaja.

Digi Prepaid 016/014 yang menggunakan nama FRIENDS & FAMILY.


Digi Friends & Family

Pakej yang sama seperti Celcom 8PAX dengan kadar sama rata/flat rate 15 sen seminit untuk panggilan suara setiap masa dan semua kawasan serta 1 sen sms.Anda boleh mendaftar 6 no pilihan Digi 016/014 dan menambah lagi 3 no secara percuma menjadikan jumlah keseluruhan 9 no percuma.Menariknya lagi anda hanya perlu membayar RM 2 untuk menambah no.pilihan yang ke 10 dan seterusnya jika anda suka.

Kesimpulan Keseluruhan:

Celcom Prepaid dengan pakej 8PAX mantap dari segi liputan rangkaian yang terdiri daripada 013/019/Talian Tetap Telekom.Liputan perkhidmatan selular mereka juga setanding dengan Maxis.Kekurangan mereka hanyalah dari segi penambahan jumlah no.pilihan 8PAX yang telah ditetapkan kepada 8 orang sahaja.Mereka tewas dari segi ini kepada DIGI Prepaid kerana DIGI Prepaid memberikan 9 no. pertama secara percuma dan RM2 untuk tambahan tanpa had untuk seterusnya.Ini menjadikan DIGI Prepaid lebih berdaya saing jika anda mempunyai keluarga & rakan yang menggunakan rangkaian DIGI.Namun begitu liputan perkhidmatan selular mereka agak terhad berbanding Celcom atau Maxis.

Cadangan:
1)Gunakan Celcom Prepaid 8PAX untuk panggilan murah setiap masa dimana sahaja untuk 8 no.pilihan utama anda sambil disokong oleh rangkaian selular yang baik seluruh negara.
2)Gunakan Digi Prepaid Friends & Family untuk panggilan murah setiap masa dimana sahaja untuk 9 no.pilihan utama dengan tambahan yang dikenakan bayaran tetapi agak terhad rangkaian selular mereka.
3)Gunakan Maxis Prepaid Hotlink hanya untuk panggilan kepada no.perkhidmatan mereka sahaja dan memilih pelan dengan berhati2 samada pelan sms atau pelan berbual.Juga terhad kepada 5 no. utama sahaja.Dari segi liputan rangkaian mereka adalah setanding dengan Celcom.

Pilihan saya:

Celcom Prepaid 8PAX - Dengan liputan yang luas dari segi rangkaian dan selular memudahkan saya memasukan 2 no talian tetap Telekom,dan selebihnya dari no.013 & 019.

Disclaimer: Semua gambar dan keterangan adalah hakcipta terpelihara pembekal rangkaian selular masing2.Pemilik blog ini tiada kaitan langsung atau tidak langsung dengan semua pembekal ini.Pengguna berhak memilih mana2 perkhidmatan yang mereka mahukan tanpa merujuk terlebih dahulu dari perbandingan di blog ini.Maklumat perbandingan ini diperolehi dari laman web pembekal rangkaian selular mereka pada tarikh berita ini ditulis.Sebarang pertukaran & pindaan pakej adalah tertakluk kepada pemilik rangkaian itu sendiri.Anda dinasihatkan supaya membuat perbandingan secara peribadi dengan melawat laman web mereka seperti dibawah.

http://www.celcom.com.my
http://www.maxis.com.my
http://www.digi.com.my
1 Comments:
Blogger Nurazam said...
mujo aku takde telipon..