Jadilah ada sekeping gambar buat bukti aku pegi stadium arituh,walaupun tahap hawor punya gambar.
Habis game aku ngan Pakcu tangkap gambar ngan Steve Darby ( Anak dia tuh)

Macam biasalah aku kalau pegi stadium,mana sah kalau tak jumpa JAMBU aku nih, V.Thirumurugan.Dia cakap tak fit hari tuh untuk game,tapi sebab Khairi takde so dia terpaksa ler diturunkan jugak.
Aku sebenarnya ternanti2 juga bila si Zulu nak diturunkan dalam game Perak ni nanti.Dari cakap2 kat akhbar yang aku baca SD memang suruh Zulu tunggu dulu untuk beri lebih perhatian pada gandingan Kieta,Dolaye & Kukoc.Susah jugak bila FAM ada buat undang2 mengarut nih.Boleh ambik 4 import tapi cuma 3 jer boleh diturunkan,so yang sorang lagi jadi penunggu jerlah.
Kesempatan ini jugak aku ambik untuk mengucapkan berbanyak bersabar kepada Pengurus Perak Dato' Jamal Nasir Rasdi yang telah digantung oleh Lembaga Displin FAM selama setahun dan denda RM3K.Nampaknya dapatlah Dato berehat dulu dari arena bolasepak Perak sebentar setelah lama menabur bakti kepada pasukan.Tidak keterlaluan aku katakan yang Dato' telah banyak memberikan sumbangan kepada kemajuan pasukan Perak.Walaupun ada juga cakap2 busuk yang aku dengar & aku sendiri lemparkan namun dalam hal ini aku terpaksa akui yang Dato' memang banyak berjasa.
Jasamu tetap kami kenang Dato'.....terima kasih.


Ok..pada yang nak nengok review perlawanan tuh boleh klik blog Jimi Asmara ehhh..Santana untuk citer selanjutnya kat sebelah kiri link nih...
Skang teman nak story tentang benda yang ada kaitan dengan tajuk nun kat atas tuh.Hari game tuh sebenornya takde ler plan nak pegi stadium pun.Tapi last minit ajak si Duprezz pegi kot2 mau plak dia.Kabokan ada koje sampai pukui 5 camtuh, so lepaih tuh dia balik umah dan sampai umah teman dekat pukul 6 setengah petang.Apa lagi kalau dah lambat nih,game plak kul 8.45mlm jadi nak cepat punya pasal dia henjut ler dalam 160 - 170km/h.Abih semua kenderaan kena potong, sampai ler dekat Tanjung Malim tuh udah start ujan plak..terpaksa ler slow skit..itupun dalam 120km/h jugak ler.Sampai dekat kawasan bukit tempurung tuh hujan makin slow dah..dalam hati harap memang jangan ler hujan plak.Sampai stadium ngam2 jer lepas beli tiket & duduk kat sebelah kanan penyokong N9 berkumpul, game pun start.
So teman maleh nak citer pasal game tuh yer..habih jer game teman lepak bola besor jap, nengok sana sini, pastuh ajak Duprezz balik ler.Dia kaborkan nak pegi Bandar jap nak kuarkan duit dekat Maybank ATM.Sesampai jer kat depan bank tuh masa nak parking, tusssss....macam angin kentut jer bunyinya.."Yob..break teman kosong ler" kate duprezz kat teman..isk isk isk..teman udah blur ler kejap.Tapi memang ada pengalaman bab camnih dulu dengan kete teman tuh, tapi itu manual..yang nih plak kete auto..tih tih tih.
Kitaorang lepak jap minum kedai mamak kat situ sambil pikior plan camne nak repair kete tuh.So lepaih makan tuh dalam kul 12.30pagi, buat keputusan nak balik Kuale, umah orang tua Duprezz.Senang skit repair kat sana sebab dah kompom ada bengkel yang bukak hari ahad tuh.Nak tunggu kat Ipoh pun tak berani sebab dah tanya kat brader jual burger (sepanjang jalan menuju ke Sg Siput) yang kawasan tuh memang ada banyak bengkel/kedai spare part tapi tak gerenti bukak hari Ahad.
Sepanjang memandu tuh memang slow ler,dalam 20-50km/h jer, kalau nak brek terpaksa guna handbrek plak.Lebih kurang kul 3 rasanya sampai kat umah orang tua dia tuh.Diringkaskan citer pagi tuh lepas bangun sarapan kul 9 camtuh kitaorang bawak kete tuh ke bengkel Zaini Motor di Jalan Dato’ Sagor.Lepaih pomen tuh check kete tuh dia kabokan yang braided hose brake tuh dah pecah.Mujor ler plak kat kedai dia ada spare satu lagi menatang tuh jenis Toyota yang sama punya dengan kete yob Duprezz.

"Atan" nama pomen yang repair kete nih (Toyota Celica ST 2.0) sedang membukak braided hose, kabonya dia nih expert pasey kete Toyota deme kate.
Gambor sebelah kiri atas tuh ada 2 tanda merah kesan retakan pada hose yang nyata, manakala gambor kanan atas plak 3 tanda putih menunjukkan kesan retakan kalau dilihat secara dekat.Bawah kiri Atan sedang memasang braided hose yang baru manakala bawah kanan adalah selepas kerja2 pemasangkan dilakukan.
Gambor teman & duprezz yang masih mampu ketawa disebabkan peristiwa semalam..hehehe..ada ler paseynya..mana kome semua tau..kekekekek...
RM 1 Billion derma kepada MAKNA (Majlis Kanser Nasional) untuk pembinaan Pusat Perubatan Kanser di Jalan Ampang !!!!!
Perghhhhh.....memang terkejut baca berita nih hari tuh,tapi itulah kenyataan yang telah dibuat oleh Dr Elie Youssef Najem yang dikatakan berasal dari Lubnan.

Beliau juga dikatakan antara ahli perniagaan yang mempunyai kekayaan sebanyak AS$46 bilion (RM175 bilion).Katanya pada sidang akhbar yang lalu bersama MAKNA,sebanyak US$25mil (RM94.7mil) akan digunakan untuk membeli tanah tapak hospital, US$200mil (RM757.3mil) pula untuk membina pusat rawatan tersebut & US$50mil (RM189.4mil) untuk kos operasi.Ini adalah berita baik untuk semua rakyat Malaysia kerana ada insan yang sudi menderma sebanyak itu untuk projek yang kita semua tahu sememangnya memerlukan cukup banyak tenaga manusia,masa & wang.
Tetapi.....hehehehe..langit tak selalu cerah rupanya,beliau kini telah disabitkan dengan beberapa tuduhan memalsukan cek & beberapa lagi kes2 jenayah di Lubnan,Cyprus & Kanada untuk mengumpulkan harta sebanyak itu.Perkara ini cuba dibongkar oleh beberapa pihak yang terkejut & ingin mengetahui sejauh mana benarnya kekayaan yang dibuat oleh beliau didalam sidang akhbar yang lalu.Ada juga bzbody yang mencari keterangan tentang kekayaan beliau didalam majalah FORBES kerana kononnya tidak terdapat langsung namanya dalam senarai ranking hartawan dunia.Pihak Polis juga katanya sedang menyiasat tentang status beliau dan mendapati adanya beberapa kekeliruan terhadap butiran peribadinya.Beliau juga katanya sedang dicari oleh Interpol untuk menyelesaikan beberapa kes yang tertunggak.
Okay...kita tutup sekejap kes beliau dengan pihak berkuasa Malaysia dan pelbagai sensasi yang ditimbulkan oleh pelbagai pihak dikala ini.Sekarang mari kita renungkan sebentar PRO & KONTRA terhadap isu yang boleh dikatakan sebagai mengejut ini.
Katakanlah beliau memang benar2 orang yang dicari oleh pihak Interpol & pihak Polis Malaysia pula berjaya mendapatkan bukti2 kukuh tentang pembabitan beliau dalam perkara ini.Sudah tentu kita boleh merasa bangga kerana kita/pihak polis/kerajaan telah berjaya membongkar/menangkap seorang yang dikatakan penjenayah kolar putih yang amat licik sekali.Pasti pihak Interpol juga berterima kasih kepada keprihatin kita dalam menangani perkara ini dengan cepat & cekap.
Namun.....hehehehe..kalaulah segala tuduhan dan cerita yang wujud ini adalah kerana tersalah tafsir atau tersalah orang..bagaimana reaksi masyarakat/pihak polis & kerajaan berhubung perkara ini???bagaimana pula kalau perkara ini sengaja ditimbulkan oleh orang yang sememangnya mempunyai PhD (Perasaan Hasad Dengki) yang menebal???..bayangkan pula perasaan si penderma yang cuba berbuat bakti kepada negara yang bukan kelahirannya & akhirnya telah di spekulasikan dengan isu2 begini???...Tentu beliau/kita/semua orang akan merasa sedih kerana niat baik itu telah dipandang serong oleh banyak pihak semata2 kerana jumlah yang cuba didermakan terlalu banyak bagi kita semua. :-)
Pada pandangan saya perkara ini sepatutnya tidak perlu dihebahkan kepada umum kerana ini akan membuatkan pelbagai andaian ujud dikalangan kita sebagai rakyat Malaysia.Seharusnya pihak polis membuat kerja dengan teliti & tanpa sebarang pusbiliti.Ini semata2 untuk menjaga nama baik si dermawan yang cuba berbuat bakti kepada negara kita.Seeloknya pihak yang berkaitan tidak lagi memainkan spekulasi ini diakhbar kerana takut kelak andaikan beliau Dr Elie Youssef Najem memang benar2 bukan orang yang bersalah atau terbabit dalam mana2 jenayah,tidakkah kita semua malu?Silap gaya beliau pula membatalkan cadangan derma beliau kepada MAKNA..jadi bila sampai begini halnya,siapa yang kita hendak salahkan????,siapa pula yang rugi sebenarnya????
Tepuk dada tanya selera...sememangnya "orang kita" cukup gemar membuat spekulasi tanpa memikirkan bahana/implikasi yang bakal terjadi nanti.Kemudian apabila perkara sebenar tidak seperti yang dijangkakan mereka akan tersenyum sumbang seperti kera yang termakan belacan bercampur cili (sambal belacan) :-)
Anda pula bagaimana?
Kumpulan yang cukup sinonim dengan lagu Ada Apa Dengan Mu,Mungkin Nanti & yang terbaru ialah Bintang Di Syurga.Yang menarik tentang lagu Bintang Di Syurga ini ialah tentang pembikinan video klip yang menggunakan tema Rompakan Bank ala Hollywood.Saya cukup kagum dengan penghasilan video ini sehingga menontonnya berulang-ulang kali.Berikut adalah antara fakta-fakta menarik pembikinan video klip ini.
20 orang anggota Code-4 dari Theatrical Reenactment Unit terbahagi kepada:
Saya ingin memperkatakan tentang beberapa keunikan yang terdapat pada video klip ini.Berikut adalah diantara contoh-contoh gambar yang diambil dari video klip tersebut.




BEHIND THE SCENE
Kiri sekali bertopi adalah Sutradara Rizal Mantovani manakala yang berbaju putih itu ialah Pengarah Cinematografi Roy Lolang.Kedua mereka ini adalah TOP OF THE GUN dalam karier masing-masing di Indonesia.Disebelah kanan pula scene dimana "subjek 01" sedang bersalam "terakhir' dengan "subjek 03" yang telah nazak ditembak Polis sewaktu diawal permulaan klip video ini.





Kepada yang belum menonton klip video ini anda boleh melihat sinopsis ringkas berbentuk animation dari saya disini.(sila tunggu sebentar untuk animation loading: 1mb file size)

Untuk mendapatkan klip video penuh & maklumat tambahan yang lain anda boleh terus kelaman web ini http://rayafahreza.multiply.com/.
Akhirkata saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada saudara Rayafahreza yang sudi memberikan kebenaran kepada saya untuk membuat review tentang klip video ini & juga menggunakan beberapa keping gambar dari koleksi beliau.Semua gambar adalah Hakmilik Terpelihara rayafahreza,CODE-4 & Dreamscape.Sebarang penyalinan haruslah mendapat kebenaran dari pihak yang terlibat.
Terima Kasih
Point Review : 10/10