
Berikut dibawah nih ada disertakan email dari seorang jutawan/hartawan berkenaan isu kenaikan segala benda ini.
Cetusan Rasa Hartawan Internet !!!
So tahniah kepada pengundi2 kerajaan kita sekarang kerana anda semua telah berjaya merialisasikan impian kita semua untuk hidup lebih "BAHAGIA".Dan kepada pengundi2 parti pembangkang semua...saya nasihatkan supaya ikutlah contoh dan tauladan yang telah dilakukan oleh pengundi2 kerajaan skang nih.Hehehhehe...moga2 kita semua akan terus MAJU kedepan bersama wawasan 2020 ler kot.Hahahahhahahah................
So nasihat aku kepada parti pemerintah sekarang ialah MEMANSUHKAN semua subsidi petrol & diesel sedia ada sekarang supaya hati para rakyat semua senang lenang tak memikirkan tentang kenaikan harga petrol.Biarlah sampai 3 ringgit sekalipun kerana kita semua mampu membayarnya.Takkanlah beli kereta ratusan ribu boleh,nak isi minyak pun dah tak mampu.Antara kenaikan lain yang bakal tiba nanti ialah kenaikan tarif elektrik,faedah bank,barang dapur,pengangkutan awam,dan semua jenis perkhidmatan & barangan jualan yang berkaitan.Untuk menambahkan keceriaan rakyat semua, kerajaan juga harus menaikkan kadar cukai tanah,pintu,cukai pendapatan,cukai perniagaan serta kadar tol disemua kawasan.
Kita semua kena fahammmmm dan mengerti bahawa kerajaan kita masakini amatlah prihatin dengan masalah kita semua.Justeru itu kita harus membantu kerajaan dengan membayar lebih cukai dan mengurangkan subsidi.(Kalau boleh jangan ada subsidi langsunglah,lagi elok). Janganlah kita cepat melatah dengan kenaikan seumpama ini kerana kerajaan telah menanggung berbilion ringgit dalam bentuk subsidi kepada rakyat semua.Ingatlah semua rakyat bahawa kerajaan yang ada sekarang sedang pesat membangun dengan segala macam kemudahan tercanggih dan sempurna untuk kepentingan semua.
Sokonglah kerajaan anda sekarang untuk hidup yang lebih "BAHAGIA"
Terima Kasih.
Biodata Penulis Email.
Beliau adalah seorang hartawan yang makan dipinggan & minum dicawan.Rumahnya cantik indah menawan,terletak diatas bukit cendawan.Siapa terlihat sangatlah hairan,mata terbeliak tersampuk syaitan.Hartawan ini sangatlah kaya sehingga beliau tidak menggunakan sebarang kenderaan yang menggunakan tenaga petrol melainkan menaiki unta ataupun kuda.
Wasalammmmmmmmmmmmmmm...................

Salam semua.......
Kontroversi karikatur gambar Nabi Muhammad S.A.W telah berlalu beberapa hari yang sudah.Cuma aku rasa baru kali ini aku nak paparkan kisah nih pada ruangan blog aku nih.Kes nih memula nampak macam kecik jer,tapi lepas terjadinya rusuhan & tunjuk perasaan yang berlaku di Lubnan,Arab Saudi,Kuwait,Indonesia & lelain tempat menjadikan isu ini cukup panas sekarang.Semua ini bermula bila sebuah akhbar Jyllands-Posten "The Jutland Post", yang berpengkalan di Denmark menyiarkan artikel berkenaan tentang Islam dan menyiarkan gambar Nabi Muhammad S.A.W dalam keadaan yang amat tidak dapat diterima oleh penganut agama Islam seluruh dunia.

Ramai pihak yang membantah tindakan ini termasuklah dari kumpulan penganut agama lain.Tak kurang juga bantahan dari pemimpin beberapa negara bukan islam juga.Masalah sebegini sebenarnya sudah biasa berlaku dalam dunia kewartawanan.Bukan sahaja Islam yang menjadi bahan cacian,ejekan atau permainan pihak tertentu,tetapi ugama2 lain pun tidak terlepas dari nasib yang sama seperti ini.Cuma beza yang amat ketara aku nampak ialah sikap ULTRA EXTREMISE penganut ISLAM yang terlampau2 dalam membuat bantahan berhubung perkara sebegini.Sampai adanya rusuhan,bakar membakar & tak kurang juga pakatan memBOIKOT barangan dari Denmark.
Mmmm...secara peribadi perkara ini pada aku memang kecik sangat,apa yang perlu dilakukan ialah pihak akhbar terbabit ialah menarik balik penyiaran artikel itu & memohon maaf kepada warga Islam sedunia.Jadi tak perlulah kita ikut pendirian Barbarik yang asyik nak mengamuk,merusuh,bergaduh atau membunuh hanya semata2 kerana lukisan kartun sebegitu.Banyak lagi benda boleh dilakukan secara baik & rundingan,bukan dengan menunjukkan kemarahan pada pihak yang terbabit.Bukankah nabi juga menganjurkan Kesabaran Itu Separuh Daripada Iman?.Takkanlah macam nih pun kita dah terloncat2 kemarahan..hehehehe.
Persoalan yang bermain dibenak fikiran aku sekarang ialah ada 2 perkara.
1) Kenapa orang bukan Islam selalu memandang ISLAMIC sebagai TERRORIST???
2) Kalaulah perkara nih berlaku di Amerika & bukan di Denmark...rasanya ada ker unsur2 pakatan boikot atau seumpamanya ini berlaku???Atau negara2 terbabit akan menjadi lemah longlai dan bersopan santun berunding2 apabila terpaksa mengadap kerajaan pimpinan BUSH aka POLIS DUNIA???..Dalam kata lain kalau nak tunjuk marah pun kena pilih2 negara kot???
Secara peribadi aku berpendapat yang kita patut 'BUANG KES' jer benda nih.Buat tak paham sudahlah,kalau semua benda kita nak fikir sampai pening2 kepala nak buat per.Macam aku nih banyak sangat benda nak aku pikirkan tentang masalah hidup aku nih.So bab masalah nih aku serahkan pada Tuhan Semesta Alam jer yang settlekan bagi pihak kita semua.Setiap perkara yang baik ada balasan yang baik & begitu jugak sebaliknya.
Jalan Mesti Pandang Kedepan,Bukan Kebelakang :-)