Kui kui kui...ketawa besar aku melihat kekalahan Mppj dengan Perak di gelaggang mereka sendiri sabtu yang lalu.Aku memang puas hati dengan kemenangan tuh sebab masa first round dulu aku memang prust giler dengan cara Mppj bermain bola umpama berlakon drama teater plak.Aku pegi stadium dengan 2 orang kawan aku iaitu Duprezz & Faizul.Sampai sana dalam pukul 8 camtuh,masa nak beli tiket tuh tetiba brader tuh cakap tiket udah habis plak.Aiyoo..aku cakap dengan dia,kalau tak jual jugak tiket tambahan nih karang,aku merusuh nih kang sambil penyokong2 yang lain pun ikut sokong cakap2 aku tuh.Kekekekek..menggelabah brader kaunter tiket tuh carik tiket extra kat kaunter lain.Kata dia yang diaorang tak sangka penyokong perak datang macam nih punya ramai,biasa kalau game Selangor tuh dalam 1,2 ribu jer tiket.Dengan selamba dangdut jer aku balas,apa barang Selangor brader,diaorang dok mana skang???Disambut dengan ketawa besar dari ramai2 panyokong perak yang lain.Keh keh keh..suasana yang cukup meriah seolah2 macam stadium Perak plak malam tuh.Game bermula dengan banyak serangan dari Perak sambil MPPJ cuba mengawal bola selama mungkin.
Yaa..aku setuju kalau orang kata first half MPPJ kontrol ball,tapi takde cubaan merbahaya dari diaorang pun.Takde gunanya kontrol game macam Perak dedulu zaman Netto tuh kalau akhirnya kalah plak.Gol pertama pada lewat separuh masa pertama dari Kieta memang mengejutkan MPPJ yang menyangka bahawa diaorang consider draw jer first half.Tandukan kencang yang cantik sampai keeper pun sempat tengok jer bola tuh masuk.Masuk separuh masa kedua Perak lebih banyak kontrol bola sehinggalah saat dimana satu kesilapan sewaktu menyerang telah digunakan oleh MPPJ untuk membuat counter attack.Gol tuh aku memang tak salahkan keeper sebab itu kesilapan defend yang terlambat turun.Rasanya bila Dolaye sliding tackle satu negro tuh terlepas,memang naya ler yang lelain tuh kalau dapat kat Arestegoi.Tapi performances Dolaye jadik defend lebih impress pada pandangan aku dengan speed/body contact/marking yang baik.Kukoc plak lebih kepada reading game lawan cuma kurang skit bab marking man to man nih.Dalam kata lain dedua import nih kalau diletak kat defend memang pakat tak tembus ler pintu gol tuh,kekekekekekek.
Kalau nak ikutkan malam tuh peluang memang menimbun,paling tidak patut menang 4,5 bijik sepatutnya.Kalau tak kerana kegopohan Kieta & kekelam-kabutan Surend,senang2 menang dalam 5 bijik pasal bola 1 by 1 pun tak bleh masuk.Zulu plak aku rasa elok ler kasi jer berenti dan cari jer pemain lain yang berwibawa.Bebulu jer aku tengok dia main skang nih,pemalas tahap gaban betul.Dribble/pass memang okay,cuma bab nak press lawan yang bawak bola tuh pakat takde ler.Nasib ler si Steve Darby tukor dia dengan Mat Nor Ismail,ada ler skit nafas kat AM tuh.Mat Nor nih aku suka tang rajin dia kejar bola yang player lawan bawak + dia pun bleh tahan jugak accuracy depan pintu gol kalau dapat peluang.Ada satu peluang dimana depan pintu gol dia dapat dari hantaran lintang kalau tak silap aku,Mat Nor turn terus sepak...nyaris kena player defend lawan,kalau tak memang sure gol punya.MPPJ lepas dapat gol penyamaan jer terus berlakon teater dengan pemain diaorang silih berganti asik injured tak tentu pasal.Takde contact pun tetiba jatuh tak pasal2.Ishhh..aku mulalah rasa meluat dengan diaorang main camnih.
Gol kemenangan Perak terhasil bila Kieta buat sepakan bola lambung yang melemaskan keeper MPPJ.GOLLLLLLLLLLLLLL...semua orang menjerit kepuasan.Heheheheh...apa lagi,player MPPJ pun semua cergas ler secara tetiba.Takde jatuh2 dah,injured pun semua baik serta merta,hehehehe..tapi semuanya sudah terlambat bila permainan berbaki kurang dari 10 minit.Berakhir jer perlawanan ada ler diaorang buat demontrasi depan stadium untuk membantah keputusan FAM menangguhkan kes A'ah.Aku buat tatau jer benda nih sebab takde makna pun buat bantahan camtuh.Sampai mati pun diaorang takkan berubah mentaliti selagi orang2 yang berkenaan tak berenti.
Keputusan penuh Perak 2 - 1 MPPJ.